9 PRODUK WOODCRAFT YANG POPULAR DI KALANGAN CAMPER
Bila sebut pasal woodcraft pasti kita dapat bayangkan produk yang dihasilkan daripada kayu. Tak kira di rumah, pejabat, ataupun ketika camping pasti ada peralatan yang diperbuat daripada kayu contohnya meja, kerusi, rak, dan pinggan mangkuk. . Di Malaysia, produk woodcraft untuk peralatan camping semakin mudah untuk diperoleh dan bagi yang kreatif produk woodcraft ni boleh dihasilkan sendiri. Kebanyakan produk woodcraft ni diperbuat dari kayu luar negara seperti kayu Pine, Beige, dan Oak kerana urat kayunya lebih cantik dari kayu tempatan. Bagi kayu tempatan pula, kayu getah antara yang digunakan bagi menghasilkan woodcraft kerana warnanya yang cerah.
MOUNTAINHIKER 4-5 PERSON NISHIKAWA CABIN COTTAGE
Rekaan klasik, ringkas dengan cita rasa mewah. Bagi peminat tema warna khaki, khemah Nishikawa ni antara pilihan terbaik. Dari luaran nampak biasa-biasa je, tapi bila dah masuk dalam boleh tahan luas dan kelihatan premium. Ruangan dalamnya juga boleh memuatkan 4buah katil camping saiz single. Tinggi khemah ni 210cm, nak berdiri dalam khemah pun tak jadi masalah.