4 JENIS KAYU API DARI FIREWOOD.KL
Korang biasa pakai kayu api waktu camping? Ada orang pakai kayu api untuk buat unggun api dan ada juga yang gunakan untuk memasak. Sekarang ni agak susah untuk dapatkan kayu yang sesuai dijadikan kayu api. . Di Outdoor Pro, kami juga ada menjual kayu api dari beberapa jenis kayu. Antaranya ialah kayu getah, kayu akasia, kayu rambutan, dan kayu leban. Setiap kayu ni mempunyai ciri-ciri dan kelebihan yang tersendiri.
9 PRODUK WOODCRAFT YANG POPULAR DI KALANGAN CAMPER
Bila sebut pasal woodcraft pasti kita dapat bayangkan produk yang dihasilkan daripada kayu. Tak kira di rumah, pejabat, ataupun ketika camping pasti ada peralatan yang diperbuat daripada kayu contohnya meja, kerusi, rak, dan pinggan mangkuk. . Di Malaysia, produk woodcraft untuk peralatan camping semakin mudah untuk diperoleh dan bagi yang kreatif produk woodcraft ni boleh dihasilkan sendiri. Kebanyakan produk woodcraft ni diperbuat dari kayu luar negara seperti kayu Pine, Beige, dan Oak kerana urat kayunya lebih cantik dari kayu tempatan. Bagi kayu tempatan pula, kayu getah antara yang digunakan bagi menghasilkan woodcraft kerana warnanya yang cerah.
ECOFLOW RIVER 2
Dengar cerita, baru-baru ini ada kemasukan baru dalam kategori “power station”. Betul ke? . Ye! Betul!, Ecoflow datang lagi dengan barisan produk terbaru mereka iaitu Ecoflow River 2. Dalam siri ini, terdapat 3 model terdiri daripada, River 2, River 2 Max, dan River 2 Pro. . Dalam produk review kalini, min kupas tentang spesifikasi River 2.
IWATANI TAFUMARU JR OUTDOOR GAS STOVE
Hi gais!! Kalini min happy nak kongsikan video produk review ni sebab min sendiri alami masalah macam korang, iaitu berlawan dengan angin semasa memasak. . Iwatani tafumaru JR adalah pilihan yang tepat untuk korang sebab dia ada “double windshield” yang sangat membantu ketika memasak, nak nak lagi tepi pantai.
7 TIPS SNAP GAMBAR “CUN” KETIKA CAMPING
Mesti korang selalu geram bila orang lain snap gambar hasilnya tiptop. Tapi bila sendiri snap gambar hasilnya macam pelam, benyek, dan lenyek. Nak kata kamera tak power, lens dah berpuluh-puluh megapixel. Jadi mana silapnya? . Sebenarnya semua ni perlukan teknik yang betul. Bila teknik betul, ambil gambar sambil buat backflip pun gambar jadi cun. Tak kisah korang pakai kamera paling canggih, smartphone paling terbaru, teknik snap gambar tu penting. Teknik betul, pixel kamera power, baru la hasilnya nampak tiptop.
MOUNTAINHIKER 4-5 PERSON NISHIKAWA CABIN COTTAGE
Rekaan klasik, ringkas dengan cita rasa mewah. Bagi peminat tema warna khaki, khemah Nishikawa ni antara pilihan terbaik. Dari luaran nampak biasa-biasa je, tapi bila dah masuk dalam boleh tahan luas dan kelihatan premium. Ruangan dalamnya juga boleh memuatkan 4buah katil camping saiz single. Tinggi khemah ni 210cm, nak berdiri dalam khemah pun tak jadi masalah.
10 MENU MASAKAN SEMASA CAMPING
Betul la orang kata, makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Tujuan kita makan ni pertama untuk menghilangkan rasa lapar, kedua untuk memulihkan tenaga, dan ketiga untuk menambah zat-zat dalam badan. Makan terlalu banyak pun tak elok, nanti boleh jadi penyakit. . Berkhemah dan makan tak pernah berpisah. Dah penat drive jauh, angkat barang lagi, lepastu setup khemah pulak, semua tu guna tenaga. Ada orang dapat nasi panas, telur, dan kicap dah cukup hingga menjilat jari. Ada pula yang mesti nak makan lauk berat baru boleh kenyang.