Meal Ready-To-Eat (MRE)
MRE Makanan Tak Perlu Masak !
.
Korang pernah dengar tak MRE ni ? MRE ni adalah Meal-Ready-to-Eat sesuai untuk keadaan kecemasan sebagai langkah sedia dan sebagai makanan survival. Biar min terangkan.
.
Pada asalnya, MRE dikenali sebagai Ransum oleh pihak tentera. Mereka perlukan sumber makanan ketika berada dalam hutan dan dalam masa yang sama tidak membebankan. Dengan itu terhasil la Ransum untuk pihak tentera gunakan. Ransum tentera terdiri daripada biskut keras, beras, jem nenas, gula, garam, teh uncang, kopi segera dan lain lain.
.
Dari Ransum inilah inovasi dilakukan supaya dapat di gunakan oleh semua pengguna pada saat kecemasan atau aktiviti yang sesuai pada masa kini. Teknologi MRE jauh menjagkau Ransum, MRE lebih kepada makanan yang telah diproses namun boleh bertahan lama. Bergantung pada masakan, ada MRE yang boleh bertahan selama 2 ke 5 tahun. Nak tau apa lagi yang menarik ? Tengok ni.
.
Teknologi seperti sterlisation, vaccum dan self heating adalah penarik bagi MRE pada masa ini. Jenis makanan juga menjadi pelbagai seperti brownies, nasi berlauk dan pelbagai. MRE secara umumnya sesuai untuk :
?. Keadaan kecemasan (PKP atau Perintah Berkurung)
?. Aktiviti berkhemah,
?. Makanan Ad Hoc (Lambat bangun sahur)
.
Apa pon alasanya, MRE memang sesuatu yang sangat memudahkan pengguna dalam masa yang sangat memerlukan. Jangan pernah menjangkakan yang Langit cerah disangka hujan tidak akan turun
Leave a Reply