Apa Itu BPA?
BPA punca Cancer..?
.
Untuk perkongsian kalini, kita rungkaikan apa yang perlu kita concern dengan BPA ni. BPA adalah Bisphenol A yang banyak digunakan dalam permbuatan plastik Kita boleh menjumpai BPA pada Polycarbonate Plastik seperti Bekas Makanan, Botol minuman dan perlbagai lagi cosumer good yang bekait dengan plastik.
.
Selain dari plastik, BPA juga ada pada produk berkaitan besi yang dijadikan sebagai coating. Makanan dalam tin dan penutup botol antara yang menggunakannya.
.
Terdapat kajian yang menunjukkan BPA mampu masuk pada makanan atau minuman. Pendedahan kepada BPA perlu diberi perhatian kerana BPA mampu berikan kesan pada otak dan kelenjar prostat janin, bayi dan anak-anak. Ia juga boleh mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Penyelidikan tambahan menunjukkan ada kemungkinan hubungan antara BPA dan peningkatan tekanan darah.
.
So, Adakah BPA Punca Cancer ?
Jawapanya adalah tidak. Kita terdedah pada kadar minimum BPA setiap hari, potensi untuk mendapatkan cancer adalah sangat sikit hingga tidak mungkin. BPA tidak ada hubungan kuat yang boleh dikaitkan dengan cancer.
.
U.S. Food and Drug Administration (FDA) mengatakan bahawa BPA selamat pada tahap yang sangat rendah yang berlaku pada beberapa makanan. Penilaian ini berdasarkan tinjauan ratusan kajian. FDA terus memantau penyelidikan.
.
Langkah Mengurangkan Pendedahan BPA:
.
1. Gunakan produk tanpa BPA.
2. Kurangkan penggunaan makanan dalam tin.
3. Jangan masukkan plastik polikarbonat ke dalam Microwave.
4. Gunakan alternatif. Gunakan bekas kaca, porselin atau keluli tahan karat untuk makanan dan minuman.
Leave a Reply