FJÄLLRÄVEN HIGH COAST HIP PACK
Fjällräven High Coast Hip Pack ialah beg pinggang pelbagai guna yang tahan lasak dan direka untuk aktiviti outdoor dan kegunaan harian. Nak kata besar tak, kecil pun tak, kira saiznya memang sedang elok la. Dengan saiz macam ni korang boleh letak satu smartphone, satu powerbank saiz sederhana, kunci kereta, dompet, dan beberapa sampul duit raya.
Beg ini diperbuat daripada fabrik 100% Polyamide 210D nylon. Material Polyamide ni sebenarnya kalis air, tapi design beg ni tak kalis air dan jelas nampak pada bahagian zip dan tiada seam sealer tape pada bahagian dalam jahitan. Tapi bagusnya penggunaan material Polyamide ialah ia ringan dan sekiranya basah, ia lebih mudah kering berbanding fabrik lain.
Bagi tujuan keselesaan pemakai, dibahagian belakang bag ni ada span. Jadi takde la rasa sangat kalau ada barang terbonjol dari dalam bag. Tali pada bag ni juga boleh dilaras mengikut kesesuaian. Untuk pakai di pinggang boleh ketatkan, bila pakai macam sling bag boleh dipanjangkan. Tali ni pun berukuran 110cm, untuk individu plus-size pun masih boleh pakai bag ni.
.
Bag ni datang dengan pelbagai pilihan warna mengikut kesesuai dan selera pemakainya. Sekarang ni pun dah masuk musim perayaan, boleh la padankan dengan baju raya korang nanti. Memang nampak segak la bila pakai Fjällräven High Coast Hip Pack, lagi-lagi bila pergi kutip duit raya dengan kawan-kawan.
Secara keseluruhan, Fjällräven High Coast Hip Pack ialah beg pinggang yang praktikal dan bergaya. Ia sangat sesuai untuk penggemar aktiviti outdoor, pengembara atau sesiapa sahaja yang memerlukan bag pinggang yang minimalis.
.
Click Link Ni Untuk Detail & Harga Ya ???
https://shopee.com.my/product/148567156/8702603145/
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorpromalaysia #outdoorjohor #fjällräven #highcoast #hippack
Leave a Reply