9 PRODUK WOODCRAFT YANG POPULAR DI KALANGAN CAMPER
Bila sebut pasal woodcraft pasti kita dapat bayangkan produk yang dihasilkan daripada kayu. Tak kira di rumah, pejabat, ataupun ketika camping pasti ada peralatan yang diperbuat daripada kayu contohnya meja, kerusi, rak, dan pinggan mangkuk.
.
Di Malaysia, produk woodcraft untuk peralatan camping semakin mudah untuk diperoleh dan bagi yang kreatif produk woodcraft ni boleh dihasilkan sendiri. Kebanyakan produk woodcraft ni diperbuat dari kayu luar negara seperti kayu Pine, Beige, dan Oak kerana urat kayunya lebih cantik dari kayu tempatan. Bagi kayu tempatan pula, kayu getah antara yang digunakan bagi menghasilkan woodcraft kerana warnanya yang cerah.
Untuk camper yang dah lama berkecimpung mungkin woodcraft ni dah biasa bagi mereka. Bagi yang belum tahu, ni kami senaraikan 9 produk woodcraft yang popular dikalangan camper dan produk-produk ni mudah korang nampak camper pakai di campsite.
??????? ?????
Kenapa dipanggil eggroll? Sebabnya table top meja ni boleh digulung macam gulung popiah atau dalam english ‘eggroll’. Nampak cantik sikit la sebutan dia ‘eggroll table’ berbanding ‘meja popiah’. Jem kepala seller lepas ni kalau ada yang sebut ‘meja popiah’ ?.
?????????
Terdiri dari sudu, garpu, pinggan, mangkuk dan cawan. Tableware ni korang kena jaga lebih sikit sebab ia paling kerap digunakan untuk makanan. Jangan sekali tinggalkan tableware ni terendam lama atau dibiarkan tidak berbasuh. Boleh jadi kayu tu akan lebih cepat rosak, kembang, meleding, dan juga tumbuh kulat dalam keadaan yang lembap dan kotor.
?????? ????
Takkan korang nak letak barang bersepah waktu campingkan. Pakai rak kayu bukan hanya barang korang tersusun, tapi ia juga boleh menyerlahkan lagi barang korang tu. Bila barang tersusun rapi dan menyerlah, baru la cantik nak ambil gambar nanti.
?????? ????? ??????
Pakai plate holder ni baru la kemas tersusun pinggan camping tu. Bagusnya pakai plate holder ni pinggan yang basah lebih mudah kering berbanding korang susun bertindih. Plate holder ni ada yang diperbuat dari kayu dan ada juga dari buluh.
??????? ?????
Biasanya orang akan gantung lantern di ruang bawah flysheet atau dalam khemah. Tapi bila nak letak luar dari khemah dan flysheet takkan nak letak atas tanah je. Waktu tu la pentingnya lantern stand ni. Ianya mudah alih, boleh lipat, dan tidak memerlukan ruang penyimpanan yang besar.
???????? ?????
Yang dalam gambar ni jenama Snow Peak. Geram jugak dengan chopping board ni sebab datang sekali dengan pisau dan pisau tu korang boleh simpan dalam chopping board.
???????? ?????
Ni salah satu waterjug stand yang diperbuat daripada OSB. Selain model ni ada banyak lagi design yang korang boleh dapatkan dipasaran. Bagusnya ada stand ni takde la korang nak membongkok waktu ambil air dan waterjug korang pon lebih bersih bila tak jejak tanah. Pastikan stand yang korang guna tu kukuh, sebab kalau tak kukuh nanti roboh, air pulak tumpah ke tanah, kan dah buruk muka nanti.
????? ?????
Meja wagon ni ada pelbagai jenis. Yang macam dalam gambar ni sama dengan table top eggroll table. Boleh gulung simpan dan jimat ruang penyimpanan.
???? ??? ?????
Ramai customer Outdoor Pro cari plate ni. Antara individu yang ada jual plate ni ialah Tok Batin Custom. Korang boleh cuba roger Tok Batin Custom untuk dapatkan plate ni.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorpromalaysia #outdoorjohor #camping #woodcraft
Leave a Reply