10 JENAMA BACKPACK IDAMAN HIKER MALAYSIA
Korang selalu ontrek? Mesti korang akan nampak bermacam jenama backpack yang geng hikers pakai. Ada jenama yang mudah nak dapat di Malaysia. Ada pula jenama yang agak ‘rare’ dan kadang-kadang korang pun tak tahu jenama tu wujud.
.
Setiap jenama ada kelebihan masing-masing. Ada hikers yang obses dengan satu jenama, ada pula yang tak kesah jenama yang penting sampai puncak.
.
Kali ni kami kongsikan 10 jenama backpack yang menjadi idaman para hikers di Malaysia. Sebenarnya banyak je lagi jenama yang ada, 10 jenama ni antara yang banyak hikers pakai dan dalam wishlish mereka. Mana satu jenama backpack idaman korang?
??????
Syarikat ini ditubuhkan oleh Hans Deuter di Augsburg-Oberhausen, Jerman. Bermula dengan membekalkan Bavaria Royal Mail dengan beg mel dan karung pos sahaja, seterusnya beg galas, beg khemah dan beg ubat-ubatan ketika zaman perang.
Tahun 1919, secara rasmi Hans Dueter mengeluarkan produk beg pakaian dan beg galas (backpack). Pameran pertama bagi produk keluaran Deuter adalah di Oktoberfest. Sejak 1971 hingga kini Deuter sudah mempunyai ramai penggemar di seluruh dunia.
Sebelum tahun 1996, kilang membuat barangan Deuter terletak di German, selepas 1996 Deuter dihasilkan Duke Trading di Saigon, Vietnam. Barangan deuter yang diproses di Vietnam tidak dijual di pasaran tempatan dan ia hanya untuk dieksport ke 45 negara lain. Maka, tidak mustahillah kalau korang pergi ke Vietnam, korang takkan jumpa barang Deuter yang asli di sana.
.
???̈????̈???
Åke Nordin dari Örnsköldsvik, Sweden merupakan pengasas jenama Fjällräven. Semuanya bermula dari ruang bawah tanah rumah (basement) dan dengan menggunakan peralatan yang dipinjam dari ibubapanya, Åke Nordin berjaya menghasilkan sendiri backpack frame kayu. Pada 1960, di basement yang sama, Åke Nordin berjaya melancarkan produk pertama Fjällräven untuk jualan.
Kini kebanyakan produk Fjällräven dihasilkan oleh rakan kongsi dari luar Sweden seperti China, Korea Selatan dan Vietnam mengikut piawaian yang ditetapkan . Sejak 2017, jenama Fjällräven telah menembusi pasaran hingga lebih 40 negara.
??????
Osprey pada asalnya diasaskan di Santa Cruz, California pada tahun 1974 oleh Mike Pfotenhauer, dan seterusnya menjadi terkenal dikalangan pengembara dan backpacker. Pada tahun 1994, kilang pembuatan Osprey berpindah ke Cortez, Colorado, Amerika Syarikat dan menjadi ibu pejabatnya sehingga hari ini.
Bagi melebarkan sayap perniagaannya, Mike telah menetap di Ho Chi Minh City, Vietnam selama empat tahun dan membuka fasiliti pembuatan produk Osprey di sana.
.
????????
Diasaskan pada 1946 oleh Charles Parsons, Parsons Mary dan Grace Davies. Jenama British ini mulanya dihasilkan dengan menggunakan jahitan tangan sahaja dan antara produk terawalnya adalah cotton-duck cycle pannier bags.
Beg sandang mendapat permintaan yang tinggi pada 1970, Karrimor telah berjaya menjadi jenama beg sandang yang terkenal pada masa itu. Sehingga kini, Karrimor masih melakukan inovasi dalam reka bentuk dan kualiti backpack yang dihasilkan mengikut peredaraan zaman. Pada 2004, Karrimor bergabung dengan Lonsdale Sports, salah satu syarikat bawah kumpulan Sports Direct. Sejak 2013, Karrimor tidak lagi dihasilkan di United Kingdom tetapi dihasilkan di China sehingga kini.
??? ????? ????
Jenama The North Face pada awalnya telah menghasilkan produk berasaskan pendakian sejak 1966. Berpusat di San Francisco, California, United States, jenama ini mengembangkan produk mereka kepada produk outdoor yang lain seperti pakaian sukan, aktiviti ski, backpacking dan banyak lagi.
Kini produk The North Face dihasilkan dari fasiliti kilangnya yang terletak dibeberapa negara seperti China, Vietnam, Bangladesh, Cambodia, India, dan Amerika Syarikat.
.
???????
Diasaskan oleh Wayne Gregory pada tahun 1977 di San Diego, California, jenama Gregory menghasilkan produk outdoor seperti peralatan hiking, backpack, kasut dan banyak lagi. Pada 2010, jenama Gregory telah bergabung dengan jenama Black Diamond dan kini berpusat di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat.
Mengikut info yang diperolehi, kilang asal jenama Gregory di Amerika Syarikat telah ditutup pada 2014. Selepas dari tu, jenama Gregory dihasilkan di Philipines dan China mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Untuk produk selain backpack pula banyak dihasilkan di Mexico, Vietnam dan China.
???’?????
Arc’teryx merupakan jenama pakaian dan kelengkapan outdoor yang bertapak di North Vancouver, Canada. Nama asal jenama ni ialah ‘Rock Solid’, telah tubuhkan pada tahun 1989 dan ditukar kepad Arc’teryx pada tahun 1991. Syarikat ni telah bergabung dengan Salomon Group pada 2001 dan Amer Sports pada 2005 tetapi masih mengekalkan jenama Arc’teryx sebagai salah satu jenama utama.
Pada 2019 pula, sekali lagi gabungan dengan Anta Sports dari China bagi melebarkan sayapnya perniagaannya terutama di China, Philippines, Vietnam, Bangladesh, El Salvador, Laos, dan Greece. Terdapat beberapa produk Arc’teryx yang masih lagi dihasilkan di Canada dan selebihnya dibuat di negara Asia seperti Indonesia, China, Vietnam, Bangladesh dan Myanmar.
.
???????
Jenama Tatonka telah didaftarkan pada tahun 1993, tetapi nama awal perusahaannya dikenali dengan nama Mountain Sport GmbH, German dan diasaskan oleh Winfried Schechinger. Kini ibu pejabat Tatonka terletak di kawasan Dasing berhampiran Augsburg dan backpack Tatonka dihasilkan oleh syarikat Mountech Co. Ltd. di Ho Chi Minh City dan Binh Dinh, Vietnam.
Logo yang digunakan pada jenama Tatonka merupakan Bavarian Bison yang dilindungi di Bavarian Forest National Park, Germany.
??????
Jenama Kailas telah ditubuhkan oleh Baggio Zhong di China pada tahun 2003, dan menghasilkan kelengkapan dan peralatan untuk mendaki gunung dan memanjat tebing. Produk Kailas telah memenangi pelbagai anugerah seperti ISPO Award, Europe Outdoor Industry Award, dan Asia Outdoor Industry Award.Nama Kailas tu diambil bersempena gunung suci di Tibet, Gunung Kailash. Zhong ni sebenarnya lumpuh separuh badan sejak kemalangan luncur salji pada 2013. Walaupun lumpuh, tapi semangat Zhong memang kental dan telah mewakili China di Beijing Paralympic Winter Games 2022 dalam acara luncur salji. Kailas sekarang antara Top Leading jenama China untuk peralatan outdoor dan pasarannya telah melebar keseluruh dunia.
.
???? ??????
Lowe Alpine merupakan jenama dari Amerika Syarikat yang menghasilkan kelengkapan aktiviti outdoor seperti alatan mendaki, pakaian, dan backpack. Diasaskan oleh tiga beradik yang suka mendaki kawasan pergunungan, Mike, Greg, dan Jeff Lowe di Utah, Amerika Syarikat pada tahun 1972. Pada 2011 ia telah bergabung dengan Equip Outdoor Technologies dari United Kingdom.
Kini jenama Lowe Alpine lebih fokus dengan produk backpack untuk kegunaan pendakian. Lowe Alpine kini dihasilkan di Kendal, Cumbria, England dan disitu juga merupakan ibu pejabat bagi jenama tersebut.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorpromalaysia #outdoorjohor #hiking #backpack
Leave a Reply