TIPS PENJIMATAN TENAGA KETIKA MENGGUNAKAN PETI SEJUK ALPICOOL
Berikut tips penjimatan tenaga ketika menggunakan peti sejuk alpicool:
Kurangkan kekerapan buka penutup
Bila terlalu kerap buka tutup peti sejuk, suhu sejuk dari dalam akan keluar dan suhu dari luar akan masuk ke dalam peti sejuk. Bila suhu dalam peti sejuk tinggi, compressor akan lebih banyak bekerja dan menggunakan banyak tenaga. Pada suhu rendah dan sekata, compressor akan digunakan dalam kadar minimum.
.
Masukkan bahan mentah yang betul-betul beku
Dengan cara ni, peti sejuk akan lebih cepat sejuk dan bahan mentah tu akan tahan lebih lama.
.
Sebelum tidur, jangan buka dalam tempoh 1jam, kemudian matikan
Waktu malam siapa je nak buka peti sejuk melainkan tu memang hobi dia. Peti sejuk Alpicool ni boleh berfungsi macam cooler box jugak. Bila suhu dalam tu dah rendah, ia boleh kekalkan kesejukan tanpa perlu kuasa elektrik dalam tempoh beberapa jam.
.
Gunakan suhu chiller sahaja, tak semua bahan perlu beku
Suhu chiller ni dari 0°C hingga 10°C. Dalam suhu ni tenaga elektrik tak banyak digunakan sebab compressor peti sejuk berfungsi dalam kadar minimum.
.
Gunakan ECO Mode
Semasa dalam ECO mode ni tenaga elektrik digunakan dalam kadar minimum tanpa menjejaskan prestasi peti sejuk. Kurangkan guna MAX mode jika tiada keperluan.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
Leave a Reply