CAMELBAK REPACK LR 4 50 OZ
Cara terbaik untuk pakai Camelbak Repack LR 4 adalah dengan bahagian kantung bagnya berada di belakang pinggang. Cara ni memudahkan untuk pengguna melakukan pergerakan semasa aktiviti seperti berbasikal, hiking, ataupun jungle trekking. Nak pakai kat depan boleh buat cover perut onepack tapi nak tunduk memang susah sebab saiz bagnya agak besar. Ukur lilit Camelbak Repack LR 4 boleh dilaras dari pinggang saiz 26inci hingga maksimum saiz 46inci. Waist strap yang digunakan agak lebar dan ditambah lagi padding pada bahagian belakang bagnya memberi lebih keselesaan pada pemakai.
Camelbak Repack LR 4 didatangkan sekali dengan CRUX™ Lumber Reservoir 1.5liter. Bentuk CRUX™ Lumber Reservoir lebih lebar dan valvenya terletak pada bahagian tepi. Nak pakai CRUX™ Reservoir untuk backpack boleh juga tapi air dalam tu takkan keluar habis sebab posisi valvenya berbeza .
Bila tengok secara kasar, Camelbak Repack LR 4 ni nampak macam kecil je. Tapi sebenarnya kapasiti keseluruhan ruang penyimpanan yang ada pada bagnya ialah 4liter. Ruang utama berkapasiti 2.5liter dan selebihnya pada waist strap kanan kiri, serta satu lagi ruang pada bahagian depan. Ruang bahagian depan tu korang boleh buka sepenuhnya dan sesuai untuk letak kit pertolongan cemas.
Click Link Ni Untuk Detail & Harga Ya ???
https://shopee.com.my/product/148567156/3176618284/
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorpromalaysia #outdoorjohor #camelbak #repackLR4
Leave a Reply