KELENGKAPAN YANG PERLU DIBAWA KETIKA “TOURING” BERBASIKAL
Bosan travel naik kereta, keretapi, bas, atau motorsikal? Apa kata korang cuba touring berbasikal pulak. Touring berbasikal ni sebenarnya bukan aktiviti baru di Malaysia tapi ia sudah lama bertapak dan komunitinya juga boleh tahan ramai..
Touring berbasikal ni tak sama macam kita riadah naik basikal roadbike atau mountain bike. Biasanya touring berbasikal akan menuju satu destinasi dan bermalam di tempat tu. Ia lebih santai dan tak perlu laju-laju. Bila penat berhenti rehat, lapar berhenti makan, dah petang berhenti pacak khemah atau check-in hotel.
.
Untuk aktiviti touring berbasikal ni ada banyak kelengkapan yang perlu dibawa selain basikal tu sendiri. Jom kita tengok apa kelengkapan yang perlu dibawa ketika touring berbasikal tak kira secara berseorangan mahupun berkumpulan. Kalau ada yang kurang, jangan malu-malu komen ye guys.
.
?????
Tak kesah la lampu picit, lampu kepala, atau lampu basikal. Yang penting korang kene bawa sekurang-kurangnya dua unit. Jangan lupa bawa sekali bateri lebih.
??? ???????? ?????????
Paling asas korang perlu ada multitool, tiub tayar lebih, patches tiub tayar, dan pam tayar. Nampak remeh tapi percayalah, barang-barang ni memang penting.
??? ??? ???????
Dah kayuh jauh-jauh mesti nak kena pulihkan balik tenaga. Kalau tak nak bawa bekalan makanan berat-berat boleh standby MRE macam Kembara Meal atau Emazol Kitchen yang boleh dapat di Outdoor Pro. Jangan lupa minum banyak air supaya dapat mengelakkan dehidrasi.
??????????? / ???? ?????
Pastikan windbreaker korang tu berwarna cerah dan lagi bagus ada pemantul cahaya supaya mudah untuk individu lain tahu keberadaan kita. Waktu hujan eloknya berhenti dimana-mana kawasan yang selamat bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
??? ????? ???
Dalam bag ni korang letak la segala dokumen penting macam kad pengenalan, lesen, passport, duit, kad bank, talipon, pakaian, dan macam-macam lagi. Bagusnya guna yang saiz sederhana dalam beberapa unit supaya boleh letak dibeberapa bahagian basikal supaya beratnya stabil.
????????
Nampak macam mengada-ngada pakai sunblock bagai. Waktu terdedah cahaya matahari tu tak rasa sangat tapi bila dah habis kayuh nanti mula la rasa pedih pada bahagian kulit yang terdedah. Selain pakai sunblock korang boleh juga pakai bandana, topi, handsock, dan glove bagi mengelakkan sinaran UV berlebihan.
??? ??????????? ?????
Yang ni biasanya ramai lupa. Tak kira apa aktiviti pun, kit pertolongan cemas mesti kena ada sekurang-kurangnya satu dalam satu kumpulan. Sorang satu lagi bagus.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorpromalaysia #outdoorjohor #touringbike
Leave a Reply