8 TIPS PEMILIHAN KHEMAH
Nak beli khemah tapi tak pandai pilih? Mudah je guys. Beli khemah sebenarnya sama je macam korang beli kereta, banyak pilihan tapi perlu cari yang terbaik untuk kita. Jangan risau, kali ni kami bagi 8 tips yang boleh korang gunakan semasa beli khemah nanti.
.
?. ???????? ????? ???? ??????????? ??????
Pastikan korang cari khemah berkapasiti lebih seorang dari ahli kumpulan. Contohnya nak camping berlima, khemah yang sesuai berkapasiti 6 orang. Bukan nak bagi ruang untuk hantu tidur, tapi untuk keselesaan supaya ada jarak waktu berbaring. Lagi satu barang-barang pun boleh letak dalam khemah dan lebih selamat.
.
?. ????? ????? ???
Untuk cuaca di Malaysia PU rating 800mm dah cukup sebenarnya, tapi dapat PU rating lagi tinggi lagi bagus. Ada sesetengah khemah tu PU rating dia sampai 3000mm, hujan lebat memang senyum je la.
.
?. ?????? ???????????
Mudah je nak tahu pengudaraan khemah tu baik atau kurang. Lebih banyak pintu dan tingkap, lebih besar khemah, pengudaraannya pasti lebih baik. Untuk cuaca di Malaysia ni pengudaraan ni penting, kalau tak maunya dalam khemah tu jadi oven.
.
?. ???? ??????????
Dalam pasaran sebenarnya ada tiga je jenis khemah; manual, auto/instant dan pop-up. Nak mudah memang khemah pop-up la, campak je terus siap. Auto/instant biasanya ada yang buka macam payung dan lagi satu buka macam kanopi, naikkan tiang dia satu persatu. Paling banyak kat pasaran khemah manual, untuk yang tak boleh sabar tak digalakkan guna khemah ni. Nak pasang khemah manual kena tenang jangan kalut.
.
?. ???????? ???? ?????????
Baik fabrik cotton atau polyester, pastikan ianya kalis air. Kelebihan fabrik cotton ni ia lebih tahan lama dan tidak mudah koyak. Manakala fabrik polyester lebih ringan dan lebih banyak variasi warna.
.
?. ????? ??? ???? ????????
Takde masalah nak beli khemah besar, logiknya makin besar khemah, makin berat. Bila dah berat tu mesti guna wagon atau angkat berdua. Jangan nak tunjuk kuat angkat sorang. Lagi satu pikir jugak tempat nak simpan kat rumah dan transport kita guna tu. Kalau takde ruang nak masuk kereta maknanya boleh dah pasang roofbox.
.
?. ??????? ?????? ??? ????? ??????
Ada campsite tanahnya rata, ada yang banyak akar, dan ada juga berbatu-batu. Paling baik sebenarnya cari khemah yang fabrik lantainya tebal. Lagi elok tambah ground sheet, boleh elak lantai khemah bocor kene objek tajam.
.
?. ???? ?????? ??????
Yang ni ikut selera masing-masing. Zaman 90an dulu khemah ada 2 design je; dome dan A-shape. Sekarang khemah dah rupa bungalow pun ada.
.
Kalau rasa betul-betul takde idea nak pilih khemah boleh ajak kawan yang lebih berpengalaman. Biasanya yang berpengalaman ni lagi banyak idea dan pendapat. Nak lagi mudah korang serah diri je untuk dirachun kat Outdoor Pro.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorpromalaysia #outdoorjohor #camping
Leave a Reply