5 TIPS SEBELUM MENINGGALKAN CAMPSITE
Setiap kali nak camping mesti kita akan rancang dengan teliti supaya hari kejadian akan berlangsung dengan baik. Tapi ada tak kita rancang apa yang perlu dilakukan bila nak keluar dari campsite? Mesti ramai fikir kemas, bungkus, sumbat, start kereta dan jalan.Sebenarnya ada beberapa perkara yang kita perlu buat sebelum meninggalkan campsite. Kali ni admin kongsikan 5 tips berguna yang perlu korang teliti sebelum meninggalkan campsite. Perkara yang ke5 tu sangat penting.
.
?. ????????? ????? ?????? ???????? ???????? ??????
Kebersihan di campsite bukan sahaja tanggungjawab pihak pengurusan campsite, ia adalah tanggungjawab bersama. Besihkan campsite ni tak perlu jauh pun, cukup sekadar disekitar tapak khemah kita. Kalau nak buat lebih pun lagi bagus. Bila semua ada tanggungjawab macam ni, pasti kawasan campsite akan lebih bersih dan bebas dari mahluk perosak.
.
?. ??????? ???????? ?????? ??? ????????? ???????????
Biasanya dah penat-penat memang main sumbat je barang, bila nak camping lagi nanti baru la perikasa semua peralatan tu. Buat kerja biar kemas guys, pergi camping ada checklist barang, waktu nak balik pun semak balik checklist tu. Mana la tahu ada yang hilang atau rosak boleh la terus singgah Outdoor Pro nanti.
.
?. ???????? ???? ??? ???????? ???? ??????? ??? ???? ???? ????
Antara punca kebakaran hutan adalah bara api tak dipadam sepenuhnya. Selagi ada asap keluar dari tempat pembakaran, pasti ada bara yang masih menyala dalam tu. Lepas padam bara pakai air, ambil kayu dan kais kawasan unggun api tu. Kalau masih ada asap yang keluar, siram lagi sampai betul-betul terpadam.
.
?. ????? ??? ???????? ???? ???? ?????? ???? ????? ?????
Biasanya tali yang ikat kat pokok ni mesti tali flysheet dan tali ampai. Ramai nak senang main tinggal je dengan niat nanti orang lain boleh pakai. Sebenarnya lagi elok kita buka balik semua tali tu. Kalau masih boleh digunakan simpan elok-elok, boleh guna untuk camping seterusnya. Macam tali raffia tu memang sekali guna punya, cabut dan buang di tempat sepatutnya.
.
?. ???? ?????? ?????? ???? ???????? ???? ????????
Naya guys kalau tertinggal ahli keluarga atau kumpulan. Bayangkan camping kat Mersing, rumah pulak kat Pontian, dah sampai Skudai baru perasan bini tertinggal. Tak memasal sebulan tidur khemah luar rumah.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorpromalaysia #outdoorjohor #camping
Leave a Reply