AKSESORI UNTUK HAMMOCK TICKET TO THE MOON
Sini hammock, sana hammock, mana-mana pun hammok. Tapi untuk korang yang pakai hammock Ticket To The Moon (TTTM) mesti korang nak kelainan dari hammock yang lain kan? Bestnya jenama TTTM ni ada aksesori tambahan yang boleh korang dapatkan di Outdoor Pro.
.
Aksesori yang paling ramai cari adalah tali hammock. Tali ni gunanya bila korang nak gantung hammock tu kat pokok. Tali hammock ni didatangkan sepasang dalam satu uncang. Tali hammock TTTM ni ada tiga jenis; Nautical Rope, Moon Strap dan Lightest Strap. Tali ni nampak je kecil tapi ia mampu menampung beban yang tinggi sehingga mencecah 300kg.
.
Biasanya hammock TTTM akan disertakan sekali dengan S-hook. Tapi kalau nak lebih cun korang boleh gantikan dengan carabiner 10kN atau carabiner 22kN. Kalau korang nak pasang hammock dalam rumah, korang boleh gunakan hammock anchor kit. Satu anchor pasang dinding kanan, satu lagi anchor pasang dinding kiri dah boleh gantung hammock.
.
Bagi yang nak bermalam pakai hammock memang kami galakkan pakai tarp TTTM. Saiznya besar dan dapat melindungi korang dari sinaran matahari dan hujan. Korang jugak boleh pasang UV Proof Hammock Sleeve kalau korang malas nak simpan hammock korang. Dapat la nak kurangkan risiko hammock koyak terkena benda tajam tak pun hammock kene najis burung. Kalau risau nyamuk boleh la pasang Convertible Bug Net 360, confirm tidur korang nyenyak macam baby.
.
Antara aksesori TTTM terbaru yang ada di Outdoor Pro ialah Moon Quilt dan Ridgeline. Moon Quilt ni sebenarnya sleeping bag tapi dah direka khas supaya boleh balut sekali dengan hammock korang. Ridgeline ni pula macam poket organizer la untuk korang simpan barang waktu guna hammock tu.
.
Jadi camne guys? Menarik kan hammok Ticket To The Moon ni. Usya-usya dulu guys gambar-gambar ni, mana la tau dapat idea untuk hammock korang.
.
??????? ???- ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorpromalaysia #outdoorjohor #tttmhammock #aksesorihammocktttm
Leave a Reply