CIRI YANG PERLU DINILAI SEMASA MEMBELI CAMPING LANTERN
Antara barang terpenting ketika berkhemah adalah lampu. Tak kisahlah flashlight atau lantern, yang penting korang mesti ada lampu.
.
Sekarang ni di pasaran terdapat pelbagai jenis lampu yang boleh digunakan untuk berkhemah. Yang penting kita kena tahu pilih yang mana sesuai untuk kegunaan dan durasi kita berkhemah.
.
Kali ni kami kongsikan beberapa ciri yang perlu korang nilai sebelum membeli lantern. Info ni berdasarkan perkongsian pengalaman dan pendapat antara kami dan pelanggan di Outdoor Pro.
.
?????????? ???? ???????????
Kecerahan lantern dinilai mengikut lumen. Semakin tinggi lumen maknanya cahaya lantern tu semakin cerah. Kalau kita berkhemah di tempat yang betul-betul gelap macam dalam hutan atau tepi pantai, lampu berkecerahan 200 hingga 300 lumen sudah memadai. Tapi tak semua tempat kita perlukan kecerahan yang tinggi. Bila dalam khemah, 100 lumen pun dah cukup sebab kalau terlampau cerah boleh jadi orang akan nampak bayang-bayang kita dari luar. Bawah flysheet 300 lumen sudah memadai. Tapi untuk tempat terbuka atau digalakkan guna lantern berkecerahan lebih tinggi, kalau malap nanti ada pula yang tersalah antara garam dengan gula.
.
????? ???? ????? ??????
Terdapat pelbagai bentuk dan saiz lantern yang ada dipasaran. Ada yang saiznya hanya sebesar tapak tangan sahaja dan ada juga yang saiznya lebih besar dari saiz kertas A4. Seeloknya pilih lantern yang senang korang nak bawa dan simpan. Bukan nak paksa beli yang saiz kecil, cuma perlu ikut kesesuaian.
.
??????? ????? ???? ????? ????????
Sumber kuasa yang paling mudah nak dapat adalah bateri. Bateri pun ada dua jenis; bateri pakai buang dan bateri rechargeable . Selain bateri, ada juga lantern yang menggunakan gas dan minyak. Bahan bakar macam gas dan minyak perlukan ruang simpanan yang lebih dan perlukan stok yang mencukupi. Kalau tak cukup malu pulak nak mintak group sebelah.
.
??????? ??? ???? ???? ????
Yang ni paling kerap orang terlepas pandang. Kebanyakan orang beli lantern tengok bentuk cantik dan lumen tinggi. Run time ni penting mengikut tempoh kita camping. Dah tahu camping dua malam, cari la lantern yang boleh tahan lebih dari 20jam. Satu malam biasanya akan buka lampu lebih kurang 5 ke 6 jam, tapi kenapa perlu sampai 20jam? Mana tau nak extend lagi satu malam ada la lagi backup.
.
?????? ????? ???????? ??????????
Warna lampu lantern yang biasa kita guna putih, kuning dan merah. Lantern yang guna lampu putih ni ada yang cecah hingga 1000 lumen. Lampu putih memang cerah dan sesuai digunakan di bawah flysheet dan ruang terbuka. Lampu kuning pula kelebihan dia tidak menarik kehadiran serangga dan lebih sesuai digunakan di dalam khemah. Lampu merah paling jarang kita guna. Lampu merah ni tak silau dan tak ganggu orang tidur. Bila tengah malam nak cari barang dalam khemah elok la guna lampu merah, takde la ganggu kawan satu khemah yang tengah nyenyak tidur tu.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorpromalaysia #outdoorjohor #campinglantern
Leave a Reply