10 AKTIVITI SEMASA CAMPING
‘?????? ??????? ?????? ????? *?????????*, ????? ????? ????????’
.
Kemon la geng, ajak kawan-kawan camping beria. Tapi bila dah sampai campsite cuma duduk, makan, tidur, borak-borak sikit, main handphone, aku tengok kau, kau tengok aku. Kalau rupa tu la camping baik jalan-jalan kat mall atau pergi zoo tengok rimau.
.
Camping ni nak best kene la ada sikit aktiviti tak kira untuk keluarga ataupun kumpulan besar. Seeloknya aktiviti tu tak memerlukan peralatan yang banyak. Sekurang-kurangnya bila dah ada aktiviti takde la group camping tu menjadi bualan negatif. Tajuk di atas tak tuju kat sesiapa ye. ?
.
Untuk jadikan camping korang lebih menarik, kat sini kami kongsikan beberapa cadangan aktiviti berfaedah yang boleh korang lakukan ketika bercamping. Aktiviti terakhir tu ramai pakarnya…hihi ?
.
????? ?????? – Waktu mandi sungai boleh selit sekali aktiviti yang melibatkan air macam tubing, selam paling lama, dan bola baling. Sambil mandi sungai tu boleh ajar sekali anak berenang atau water confident. Sebelum mandi sungai tu dinasihatkan supaya perhati dulu kondisi sungai, kedalaman air dan keselamatan anak-anak.
.
???????? & ??? – Sebelum nyalakan api tu, boleh tunjuk skill hidupkan api pakai ferro rod. Nak advance lagi pakai batu sungai atau gesek kayu. Kalau api tak nyala pandai-pandai korang la nak tunjuk skill lain. Biasanya waktu BBQ ni paling galak berborak dan bertukar pendapat dan idea tentang aktiviti camping.
.
?????? ???????? – Aktiviti jungle trekking ni seeloknya menggunakan juru pandu terlatih atau guide. Untuk trek yang dah biasa masuk takde masalah. Yang penting kena berkumpulan, jangan redah sorang. Jungle trekking ni dapat mendekatkan lagi kita dengan alam semulajadi sambil dapat mengeluarkan peluh dan membakar lemak makan BBQ malam tadi.
.
??????? – Mudah je aktiviti ni, yang penting ada kertas dan pensil/warna. Tua, muda, anak-anak semua boleh join. Nampak burung lukis burung, nampak pokok lukis pokok, nampak air lukis air. Mudah kan?
.
????????? – Bagi kaki pancing yang ni memang feveret dorang. Dapat port baik, pacak kerusi, setup joran terus on. Tapi eloknya bawa extra joran. Bagi anak dan pasangan rasa camne keseronokkan memancing.
.
???????? ????? & ????? – Yang ni memerlukan ilmu sikit sebab nak cerita pasal haiwan dan tumbuhan. Tapi nak senang tengok je sekeliling campsite tu ada apa. Kalau ada pokok kelapa cerita la pasal pokok kelapa tu dari pucuk sampai ke akar.
.
??????? ??????? – Tiga benda paling senang untuk ajar anak memasak; masak air, masak meggi dan goreng telur. Next camping dah senang bila anak-anak dah pandai masak. Sambil tu boleh la buat pertandingan memasak antara keluarga atau kumpulan.
.
???? ???????? – Buat aktivitii team building tak perlu yang rumit. Paling ringkas main ‘radio buruk’. Radio buruk tak tahu? Ala yang orang depan sampai pesan orang belakang lepas tu sambung sampai hujung. Yang ni confirm gelak bila belakang sekali ayat jadi cacamarba.
.
?????????? ?????? ????? ???? – Pastinya bila camping tu kita akan jumpa kenalan baru. Kadang-kadang boleh jumpa sedara jauh. Jadi ringan-ringankan mulut untuk bertegur dengan jiran sebelah. Mana la tau malam tu dapat join makan kambing golek jiran sebelah…hihi
.
‘??????’ ?????? ??????? – Yang ni semua pandai, tak perlu nak ajar dah.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorpromalaysia #outdoorjohor #aktiviticamping
Leave a Reply