7 TIPS PENJAGAAN BACKPACK
???? ???????? ????? ???? ??? ?????? ??? ????. ???????? ???.
Waktu mula beli backpack punya la jaga macam baby, dah lama pakai nak jaga pun malas. Backpack ni kita beli sebolehnya untuk pakai jangka masa panjang. Tak kira backpack korang tu beli harga beribu pun bila tak pandai jaga makin pendek la jangka hayat dia.
.
Memang ada pelbagai jenama backpack yang ada warranty. Tapi kalau kerosakan backpack tu atas kesilapan dan kecuaian diri sendiri kebiasaanya warranty tak cover. Tak percaya? Boleh rujuk balik website jenama backpack korang tu.
.
Nak jaga backpack ni tak susah pun sebenarnya. Di sini kami kongsikan beberapa tips sebagai panduan supaya backpack korang kekal tip-top dan boleh dipakai untuk jangka masa lebih panjang. Tips ke-7 tu paling penting.
.
1. Susun barang dengan betul – Cara susunan yang betul dapat memberi kestabilan pada pemakai. Berat dari barang yang dibawa akan diagih secara sekata pada seluruh bahagian backpack. Dengan ini berat barang tidak hanya ditampung pada bahagian bawah backpack sahaja.
.
2. Elakkan over-capacity – Jangan sekali-kali melepasi kapasiti backpack korang , ia akan merosakkan fabrik, jahitan, dan juga zip . Setiap backpack mempunyai kapasiti maksimum menyimpanan barang. Kalau main sumbat je barang terlalu padat ia akan memberi tekanan kepada backpack sampai nak zip pun mintak tolong member.
.
3. Jangan paksa zip yang tersangkut – Untuk memastikan zip bergerak lancar ketika buka dan tutup, boleh gosokkan lilin sepanjang zip. Selain itu pastikan tiada benang yang berjurai berhampiran zip. Jika tersangkut, jangan paksa zip terus ke depan, seeloknya undurkan zip untuk melepaskan barang yang tersangkut.
.
4. Sentiasa pasang buckle – Buckle yang tidak dipasang berisiko untuk tersangkut pada pokok ketika aktiviti hiking atau trekking. Kebanyakan buckle backpack diperbuat daripada plastic dan jika terpijak akan mudah pecah. Seeloknya pasangkan buckle tak kira ketika guna ataupun ketika disimpan supaya backpack nampak kemas dan buckle tidak mudah rosak.
5. Jangan cuci terlalu kerap – Kebanyakan fabrik backpack mempunyai salutan seperti lilin bagi menjaga fabrik dan jadikan ia water resistant. Kekerapan membasuh backpack akan menipiskan lapisan tersebut. Jika perlu dibasuh, gunakan sabun yang lembut seperti sabun pakaian bayi yang tidak mempunyai bahan kimia yang tinggi.
6. Simpan backpack di tempat yang kering – Suhu dan kelembapan persekitaran boleh jadi punca backpack rosak. Tempat simpanan yang lembap mempercepat pertumbuhan kulat pada backpack. Kebiasaanya fabrik backpack yang sudah berkulat lebih cepat reput dan koyak. Sekiranya ada silica gel boleh letak sekali dengan backpack tu. Simpan backpack dalam bag plastik juga dapat menghindarkan haiwan perosak menghampiri backpack.
7. Jangan bagi member pinjam – Yang ni paling penting. Bukan sahaja backpack berisiko untuk rosak, persahabatan pun boleh rosak. Maklum la, sendiri jaga lain dengan member tolong jagakan. Lebih teruk bila backpack tak rosak tapi terus tak nampak bayang.
.
Ingat ni, tak hensem takpe, janji backpack tip-top.
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorpromalaysia #outdoorjohor #backpack
Leave a Reply