5 SEBAB KENAPA PERLU SWITCH KE BAG REUSABLE !!
Bagi menyemarakkan lagi Earth Day tahun 2021, JOM GUYS !! kita switch dari gunakan plastic bag sewaktu berbelanja dengan menggunakan Reusable Bag harini jugak. Min faham, ramai yang kecundang niat murni ni disebabkan beberapa faktor macam terlupa bawa reusable bag dan unplanned berbelanja. Tapi min ucapkan SYABAS, at least korang dah mula lakukan sesuatu..
.
Untuk naikkan semula semangat Cintakan Alam korang ini 5 sebab korang perlu switch ke bag reusable :
.
1. Memulihara Sumber
Tahukah korang yang 12 juta tong minyak digunakan untuk pembuatan beg plastik di Amerika Syarikat setiap tahun. ? Bayangkan berapa banyak sumber minyak yang boleh dijimatkan dah di pulihara hanya dengan secebis usaha kita untuk tukar cara kita berbelanja.
.
2. Kurangkan Pencemaran
Kurang dari 1% plastic yang digunakan untuk berbelanja kembali untuk dikitar semula setiap tahun. ? Bayangkan berapa banyak pencemaran berpunca dari plastic yang dapat kita kurangkan dengan tindakan simple. Just bawak Bag Reusable dan gunakan pada setiap perbelanjaan kita.
.
3. Lindungi Hidupan Liar
Lebih daripada 100,000 kematian haiwan laut dilaporkan setiap tahun disebabkan haiwan laut terperangkap di dalam beg plastik atau menganggap plastic sebagai makanan. ? Kita bukan mewarisi keindahan dunia dari nenek moyang kita, tapi kita meminjam dari generasi selepas kita. Amanah untuk kita pulangkan semula sebaiknya pada mereka.
.
4. Jimat Duit
Kebanyakkan pusat membeli belah menggenakan charge untuk setiap bag plastic yang ingin digunakan. Walaupon kadar serendah 20 sen , bayangkan berapa cepat charge naik kalau 5 plastic bag digunakan untuk satu orang berbelanja setiap kali ke kedai. ? Bayangkan 1,500 plastic digunakan oleh satu individu setahun.
.
Alasan terakhir untuk kita switch ke bag reusable adalah…
.
5. Sebab Kita Boleh
Sekiranya sukar untuk kita membayangkan hidup tanpa beg plastik, pertimbangkan perkara ni – beg plastik diperkenalkan di kedai runcit pada tahun 1977, menurut Waste Management Northwest. Selama ribuan tahun sebelumnya manusia menggunakan beg mereka sendiri untuk membawa pulang pembelian mereka – dan anda juga boleh..‼️
.
Perubahan bukan suatu yang mustahil. Cuma kita perlu sentiasa lakukannya. Hah guys ! Mulakan dari sekarang dan cuba untuk jadikan penggunaan reusable bag sebagai satu norma baru. Jom Restore Our Earth ! ?
.
??????? ??? – ?? ??????? ???? ?????????
#outdoorlovers #outdoorpromalaysia #outdoorjohor
Leave a Reply