Bagaimana Waterproof Ditentukan ?
TAHUKAH ANDA : Bagaimana Waterproof ditentukan ?
.
Ramai antara kita yang kurang pasti cara tentukan tahap waterproof sesuatu material. Kebiasaanya kita akan bertanya pada sales person yang ada atau sekadar mencari perkataan “waterproof” di packaging. HH 2000 MM? HH 3000 MM? Min akan rungkaikan di bawah apa yang dimaksudkan dengan terms ni.
Untuk tentukan tahap waterproof, material akan diuji dalam makmal dengan meletakkan satu tiub di atas material dan air akan di tuangkan ke dalam tiub sehingga ke tahap dimana air tembus dari material. Air yang berjaya mengalir keluar adalah Hydrostatic Head (HH). Jika bacaan tiub adalah 2000MM, bermakna itu adalah waterproof rating untuk material tersebut. Lebih TINGGI nilai HH, lebih BAGUS material menahan air dari tembus.
INFO TAMBAHAN : Seam tape yang digunakan untuk menutup bahagian jahitan pada sambungan material dan coating yang ada pada material adalah antara aspek yang membuatkan waterproof lebih mantap. Pastikan seam tape dilekatkan dalam keadaan kemas..
Kebiasaanya kesan waterproof akan berkurang dari masa ke masa setelah berkali kali penggunaan dan kesan dari matahari.
Min harap sharing kalini memudahkan korang untuk dapatkan produk yang bersesuaian dengan aktiviti yang korang lakukan. Pastikan kalau waterproof berapa nilai HH. Dari situ boleh buat pernilaian untuk kualiti produk tu sendiri.
Leave a Reply