Deuter Original vs Fake
“Betul ke Pakai “DEUTER” tulen tu..?”
Beli DEUTER mahal2 tapi tak tau nak verify FAKE atau ORIGINAL. Berita baik !! Posting kali ini OUTDOOR PRO bagi anda pencerahan, macam mana nak tau dan sahkan DEUTER anda ORIGINAL.
Penting sangat ke nak tau Ori ke Fake ?
1. Anda dah / akan melabur untuk dapatkan QUALITY.
2. Claim WARRANTY cover hanya untuk Ori.
3. KEPERCAYAAN yang anda bagi pada brand.
4. Menjanjikan KESELESAAN
It is all about MINDSET. Andai “JIMAT” keutamaan anda, ORIGINAL DEUTER tawarkan LIFETIME repair service untuk pastikan pengguna tidak perlu kerap tukar bag. Tak ke itu lebih jimat berbanding TUKAR2 bag sentiasa?
1. YKK – Zip and Buckle
2. WJ – Buckle
Woo Jin (WJ) adalah syarikat Korea yang membuka kilang di Korea dan Vietnam dan pakar dalam pembuatan plastik.
.
Yoshida Kōgyō Kabushiki (YKK Group) adalah syarikat pembuatan di Jepun. Sebagai pengilang ZIP terbesar di dunia, YKK Group terkenal dengan pembuatan ZIP berkualiti mereka.
.
Salah satu cop sama ada YKK atau WJ akan berada di buckle product DEUTER ORIGINAL. Manakala ZIP hanya YKK.
.
Hah, tengah selak zip kee tu ?
.
OH! Logo Deuter takde printed tau kalau dekat buckle. Kalau ada mesti timbul.
POSITION LOGO AND MODEL NAME WITH SIZE
.
Bahagian atas mesti logo dan nama DEUTER. Nama model akan terletak di bawah bersama saiz / kapasiti bag.
.
Uii, Nama model bawah tu pon kene check. Takot tak pernah wujud pon. Mana nak check ? Bukak website Official Deuter. Mesti Nama produk baru kapasiti bag dekat bawah. Nama produk semua tulisan besar semua dan saizing sama.
.
Jangan lupa ! Jahitan sulam tu tak ada yang bersambung. KEMAS .
.
Eakh, Beg anda position sama, model pon sama macam deuter ke? TAHNIAH ! tapi masih belom CONFIRM lagi.
COLOR CODE
.
Setiap product dari DEUTER ORIGINAL mempunyai color code yang sama dengan website official deuter. In case kalau tak sama model dan color yang tunjuk kat website memang tak TULEN la tu.
.
Boleh jugak rujuk dekat catalog DEUTER. Authorise Dealer mesti ada catalog.
SERIAL NUMBER
.
Serial number akan ada pada setiap bag Deuter. Ini boleh membezakan Original dan Fake. Tapi TIDAK ada medium yang boleh mengesahkan serial number ini legit atau tidak. Hanya Official Supplier yang mampu mengesahkan menggunakan Serial number ini.
TAGGING
.
Pada setiap Backpack akan ada tagging . Untuk Tagging (bawah kiri dan kanan) merupakan penerangan tentang bagpack yang akan ada pada setiap backpack DEUTER ORIGINAL. Untuk “belt bag” atau selainya akan ada tagging atas kanan. Memang officially made in Vietnam sahaja.
.
Hah ado ke semua tu ? Tahniah. Boleh anda pengguna yang bijak !
Leave a Reply